Hospital tempatan Ukraine melaporkan bahawa tembakan kencang ke arah daerah barat ibu kota Ukraine Kyiv semalam telah membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dan juga telah mencederakan beberapa lagi rakyat Ukraine yang lain, lapor CNN.
Salah seorang doktor dari Hospital tersebut, Serhi Chernysuk di hospital Okhmatdyt Kyiv memaklumkan bahawa terdapat mangsa yang cedera berikutan tragedi tersebut termasuk dua remaja dan tiga orang dewasa.
Selain itu juga, menurut CNN sebentar tadi, Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine berkata sebuah bangunan kediaman sembilan tingkat di bandar timur Kharkov telah dibedil musuh pada malam tadi.
“Jabatan keselamatan tersebut memaklumkan bangunan tersebut mengalami kemusnahan dan kerosakan teruk.
“Namun kira-kira 80 orang berjaya diselamatkan yang difahamkan kebanyakan mereka telah berlindung di ruangan bawah tanah.
“Walaupun itu, terdapat seorang wanita yang gagal diselamatkan dan maut berikutan tragedi ngeri tersebut,” lapor CNN.
Sumber: CNN