Mendedahkan isu yang dihadapi oleh keluarga atipikal dalam kempen perayaan baharunya
Kuala Lumpur, 10 April 2023 – Julie’s meneruskan tradisinya dalam mencipta kempen perayaan yang provokatif melalui pelancaran filem terbaru mereka berjudul Kisah Raya P.E.R.I.T. Filem ini adalah sebahagian daripada kempen Hari Raya tahunan Julie’s dan merupakan usaha berterusan Julie’s untuk memecah stereotaip yang sering dihadapi orang ramai semasa musim perayaan ini. Kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan perpaduan dan persefahaman antara ahli keluarga dan masyarakat.
Filem Raya tahun ini mengisahkan Timah dan anak perempuannya Farah, yang akan membawa penonton melalui perjalanan tahunan balik kampung mereka untuk menghadiri sambutan Hari Raya Bersama keluarga. Filem ini memberi perhatian kepada cabaran yang dihadapi oleh Timah sebagai ibu tunggal. Dalam pelbagai babak, penonton juga dibawa melalui scenario dimana ahli keluarga biasanya menujukan pandangan mereka yang tipikal, namun kritikal terhadap ibu bapa tunggal terutamanya semasa musim perayaan.
Filem ini seterusnya memaparkan bagaimana tanggapan tidak bertimbang rasa dari keluarga sendiri memberi kesan negative kepada pihak si penerima. Terjejas dengan cabaran yang dihadapi pada setiap Hari Raya, Timah sentiasa mencari alasan untuk melengahkan perjalanan balik kampung mereka untuk mengurangkan masa yang diluangkan bersama ahli keluarga. Filem yang berunsur komedi dan sentimental ini menunjukkan bagaimana ibu tunggal itu sebagai ahli persatuan P.E.R.I.T. (Persatuan Rahsia Ibu Tunggal) berhasrat untuk mensabotaj sambutan Hari Raya pada tahun 2023.
Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Kami sentiasa menggunakan filem kreatif kami untuk mempamerkan kisah-kisah pemerkasaan diri. Tahun ini, Kisah Raya P.E.R.I.T memaparkan seorang ibu tunggal mengharungi dugaan dan cabaran semasa meraikan Hari Raya.
“Kami berharap filem ini akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadi lebih memahami antara satu sama lain.”
“Hari Raya adalah masa yang baik untuk memupuk hubungan yang lebih erat sesama keluarga. Melalui Kisah Raya P.E.R.I.T., kami menjemput penonton untuk mengamalkan budaya saling memaafi, meraikan keunikan serta kepelbagaian yang wujud dalam keluarga mereka dan menghargai ahli keluarga seadanya.”
Kisah Raya P.E.R.I.T. dihasilkan bersama Govt Singapore, sebuah agensi kreatif yang pernah terlibat dalam kempen perayaan Julie’s sebelum ini.
“Setelah beberapa tahun mencipta filem perayaan bersama Julie’s, kami berjaya meraih sokongan yang memberangsangkan terhadap topik-topik yang dipilih untuk filem Raya kami setiap tahun. Objektif tahun ini tiada bezanya, kami masih ingin mencipta sebuah kempen yang akan mencetuskan perbualan yang biasanya dielakkan mungkin kerana ia sukar untuk dihadapi atau tidak selesa.
“Kisah ini merupakan sebuah surat cinta yang ditujukan kepada seorang ibu tunggal, menerusi mata anak perempuannya. Perjalanan cerita ini mengikuti sambutan Raya yang agak berbeza antara ibu dan anak perempuanya. Filem ini akan dengan perlahannya mengupas lapisan stigma yang dihadapi ibu bapa tunggal semasa musim perayaan.”, kata Aaron Koh, pengasas bersama GOVT.
Filem ini kini boleh ditonton melalui saluran YouTube rasmi Julie’s. Imbas kod QR di sini untuk mengetahui kesudahan Kisah Raya P.E.R.I.T. Sempena Hari Raya, Julie’s juga menawarkan promosi #RiangRiaRaya yang menampilkan snek popular Julie’s Love Letters dengan sampul duit raya percuma. Pada musim Hari Raya ini, Love Letters akan menawarkan perisa Lemon yang merupakan perisa khas untuk perayaan dan perisa klasiknya seperti coklat, vanila dan strawberi.
Mulakan persiapan Hari Raya anda dengan membeli Julie’s Love Letters di kedai runcit berdekatan atau melalui pembelian dalam talian dari kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, kunjungi laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits