Selepas tewas dalam perlawanan pertama di tangan Malaysia minggu lepas yang menyaksikan beberapa kejadian tidak diingini berlaku, Indonesia sekali lagi dikejutkan di laman sendiri, kali ini tewas 0-3 kepada Thailand dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia dan Piala Asia.
Gol-gol kemenangan Thailand dijaringkan oleh Supachok Sarachat (minit ke-56 dan 72), serta sepakan penalti oleh Theeraton Bunmathan pada minit ke-64.
Thailand muncul sebagai pendahulu kumpulan G mengumpul 4 mata selepas dua perlawanan. Manakala Malaysia berada di tangga ketiga dengan 3 mata. UAE yang menewaskan skuad kebangsaan sebentar tadi, mengisi posisi kedua dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Sumber: Kompas.com