Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan keputusan untuk menukar Muzium Kariyel yang terkenal kepada masjid, semalam.
Keputusan untuk mengubah Muzium Kariye (Chora) kepada masjid dibuat kira-kira sebulan selepas penukaran yang sama Muzium Hagia Sophia, struktur bangunan yang diiktiraf sebagai salah satu tapak Warisan Dunia oleh UNESCO,
Kelulusan untuk menukar status Muzium Kariye ini sudahpun dibuat sejak November tahun lepas. Bangunan berusia 1000 tahun itu mempunyai sejarah yang hampir sama dengan sejarah Hagia Sophia.
Bangunan ini menjadi salah sebuah rumah ibadah ketika pemerintahan Empayar Byzantine suatu ketika dahulu.
Selepas Empayar Byzantine ditumpaskan oleh Empayar Uthmaniyah pada 1453, fungsi bangunan ini ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad kemudian.
Fungsinya sekali lagi ditukar selepas Perang Dunia Ked-2, dan dikenali sebagai Muzium Kariye pada 1958.

Bentuk dan rupa muzium Kariye
Sumber: Hurriyetdailynews