Belakangan ni, mesti korang dah mula stress kan bilalah status pergerakan kawalan kita ni nak ‘membaik’. Yelah, sebab semua dah tak sabar nak bercuti, hirup udara lain sikit selain duduk je kat rumah.
Eh! Siapa cakap tak boleh bercuti? Kan kerajaan tengah galakkan aktiviti pelancongan rentas negeri tapi mesti dibawah program ‘Gelembung Pelancongan Bersasar.’ Program ni membolehkan kita untuk bercuti tapi dengan syarat kena guna perkhidmatan travel agency yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.
Bila bercakap pasal travel agency, individu ni berkongsi pengalaman bercuti menggunakan travel agency walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) haritu. Katanya berbaloi tinggal bawa baju je.
