Penjaga gol pasukan bola sepak wanita Iran didakwa merupakan seorang lelaki dan identitinya masih lagi tidak dinyatakan, lapor Daily Mail.
Pada 25 September lalu Iran telah menewaskan Jordan dengan 4-2 menerusi penalti selepas seri tanpa jaringan bagi kelayakan ke Piala Wanita Asia 2022 buat pertama kali bagi negara tersebut.
“Memohon untuk pemeriksaan pengesahan jantina.” Itulah yang dikatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan, Putera Ali Bin Al-Hussein menerusi Twitternya pada Ahad lalu.
Penjaga gol Iran, Zohreh Koudaei berjaya menyelamatkan Iran daripada dua sepakan penalti Jordan yang melayakkan pasukan tersebut ke Piala Wanita Asia 2022 dan pemain itu didakwa berlakon sebagai wanita. Putera Ali Bin Al-Hussein menggambarkan perkara itu sebagai sesuatu yang begitu serius jika ianya adalah benar.
Disebabkan itu, beliau ingin meminta Asian Football Confederation (AFC) untuk segera sedar dan lakukan tindakan lanjut.
Tetapi individu yang bertanggungjawab memeriksa pemain Iran, Maryam Irandoost cuba menolak dakwaan itu.
Menurut Maryam Irandoost, dakwaan itu hanyalah alasan yang digunakan orang ramai untuk menutup kekalahan Jordan terhadap Iran.
Sebelum ini, penjaga gol itu turut beberapa kali mempertahankan dirinya di akhbar Iran mengenai isu ini.
Sumber: Daily Mail