Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan sekitar 2,100 guru memilih untuk tidak divaksin. Menurut Radzi, guru-guru yang tidak mahu divaksin ini akan dipastikan tidak mengajar anak-anak murid secara bersemuka di dalam kelas.
Pendekatan sedang diperincikan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dibentang ke Majlis Keselamatan Negara. Semalam, negara telah mencapai sasaran 80 peratus populasi penduduk dewasa telah lengkap divaksinasi.
Sumber: Awani