Thailand dilaporkan akan membuka pintu masuknya ke Phuket kepada 66 negara yang tersenarai.
Perakuan Kemasukan Thailand (COE) dilaporkan akan tersedia mulai Isnin depan. Semua pelancong dari negara-negara yang disenaraikan di bawah dikehendaki mendaftar terlebih dahulu untuk memasuki Thailand di bawah skim Phuket Sandbox.
Menurut potal ThaiEmbassy.com, hanya pelancong asing dari negara berisiko rendah dan sederhana yang telah divaksin sahaja yang boleh melancong ke Phuket.
Menurut portal The Nation Thailand, senarai negara yang dibenarkan itu akan dikemas kini setiap dua bulan, berdasarkan status COVID-19 di setiap negara.
Selain daripada itu, kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun yang tidak divaksinasi dan bersama dengan ibu bapa yang telah divaksinasi sahaja dibenarkan masuk.
Namun begitu, kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun sehingga 18 tahun yang tidak divaksinasi perlu melakukan ujian Rapid Antigen semasa tiba di Phuket.
Sementara itu, pelancong dewasa yang tidak divaksinasi akan diminta menjalani kuarantin wajib di mana-mana ALQ hotel di Phuket selama 14 hari.
Namun begitu, pada masa ini, cuma pelancong-pelancong dari negara yang disenaraikan sahaja yang boleh memasuki Thailand di bawah skim Phuket Sandbox.
Berikut adalah senarai 66 negara tersebut:
1. Albania
2. Andora
3. Antigua and Barbuda
4. Australia
5. Austria
6. Azerbaijan
7. Bahrain
8. Barbados
9. Belgium
10. Bhutan
11. Brunei
12. Bulgaria
13. Cambodia
14. Canada
15. Chile
16. China
17. Croatia
18. Cyprus
19. Czech Republic
20. Denmark
21. Dominica
22. Estonia
23. Finland
24. France
25. Germany
26. Greece
27. Hungary
28. Iceland
29. Ireland
30. Israel
31. Italy
32. Kuwait
33. Laos
34. Latvia
35. Lithuania
36. Luxembourg
37. Malta
38. Mauritius
39. Monaco
40. Morocco
41. Myanmar
42. The Netherlands
43. New Zealand
44. Norway
45. Poland
46. Portugal
47. Qatar
48. Romania
49. Russia
50. San Marino
51. Serbia
52. Singapore
53. Slovakia
54. Slovenia
55. South Korea
56. Spain
57. Sweden
58. Switzerland
59. Turkey
60. United Arab Emirates
61. United Kingdom
62. United States
63. Vietnam
64. Hong Kong
65. Macau
66. Taiwan

Sumber:
The Nation Thailand/Thai Embassy