Bila masuk sahaja sesi persekolahan yang baharu, kita pasti akan melihat pelbagai ragam kanak-kanak terutama yang baru memasuki tadika dan darjah satu.
Mungkin tidak biasa dengan suasana di sekolah dan tiada ibu bapa di sisi, ada di antara mereka yang tekad untuk mencuba melarikan diri dari kelas.
Itu belum lagi yang menangis dan meraung tidak berhenti sehingga membuatkan guru-guru pening, tetapi ia juga mungkin menjadi memori berharga buat mereka.
Menerusi perkongsian Muna Faizura yang telah tular di Facebook sejak minggu lalu, dia ‘pening’ melihat anak perempuannya yang meragam ketika hari kedua persekolahan.
Bersekolah tadika, kanak-kanak itu dipercayai menangis kerana mahukan ibu bapanya di sisi.
Ohh myyy..is that my kid?
Huhuu Ok sikit dari semalam, at least tak nak lari dari kelas
Gambar Via Muna FaizuraSetelah dipujuk oleh gurunya, dia berhenti menangis dan mengatakan ingin tidur.
Apa yang ‘memeningkan’ gurunya adalah dia tidur di atas lantai di dalam kelasnya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Gambar Via Muna FaizuraMemasuki minggu kedua persekolahan hari ini, Muna bersyukur kerana anaknya tidak meragam lagi.
Ragam anaknya itu nyata menghiburkan orang ramai dan sehingga kini mendapat sehingga 1.2 ribu perkongsian di Facebook.
Sumber: Muna Faizura