Sebelum Berkhemah & Mandi, Ini Cara Kenal Pasti Bahaya Air Sungai
Aktiviti beriadah dan berekreasi seperti berkhemah dan bermandi-manda sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi aktiviti ini dilakukan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu, akitiviti ini semakin mendapat tempat dalam hati kalangan rakyat khususnya golongan anak muda yang memanggil ia sebagai ‘healing’.
Namun, dalam keseronakan menjalankan akiviti ini, aspek keselamatan haruslah diambil berat lebih-lebih lagi di kawasan yang berhampiran sungai. Seperti pepatah Melayu, malang tidak berbau.
Oleh itu, setiap orang haruslah peka terhadap persekitaran sekeliling agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kejadian kepala air.
Sehubungan itu, hari ini pihak SK akan memberikan tips untuk mengenal pasti lokasi Air Bah dan Sungai Berbahaya untuk menjalankan aktiviti berkhemah dan mandi di sungai. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Amazing Lifetime Adventure Malaysia di bawah.
Cara Kenal Pasti Air Bah & Sungai Berbahaya
Gambar: BernamaBerkhemah dan Mandi Sungai, Kenalpasti Air Bah dan Sungai Berbahaya
Tips Asas Penting yang Anda Harus Tahu
Setting Khemah Dan Tapak Santai
Sebaik sahaja anda sampai di lokasi, kenalpasti perkara berikut;
Tanda paras air bah terdahulu. Ini dapat dikenalpasti melalui pokok renek yang condong ke hilir, patah, sampah dan daun mati tersangkut di dahan pokok
Hakisan pada tebing. Perhatikan tebing tanah yang terhakis oleh air bah yang terdahulu, 3 hingga 5 kaki dari paras mendatar sungai.
Hakisan pada batu besar. Batu batuan sungai biasanya berlumut hijau dan agak hitam di permukaan atas paras air, jika batuan bersih dan terhakis, maka itu tandanya sungai selalu bah dan arus deras menghakis batuan di situ.
Keadaan batuan kerikil kecil yang hanyut dan terkumpul di sesuatu kawasan menandakan arus pusaran mengaut batuan ini dari dasar sungai, biasanya pada lubuk berbentuk kuali. Maka haruslah diambil perhatian dasarnya dalam dan di bawahnya ada arus putaran.
Kayu mati dan ranting serta daun terkumpul di sesuatu kawasan kesan dari air bah, itu adalah tanda maksimum bah yang terdahulu. Elakkan berkhemah di paras yang sama ketinggiannya.
Kenalpasti Kepala Air Dan Air Bah
Gambar: BernamaHujan di hulu sungai, legeh tadahan hutan menyebabkan air naik di hilir walaupun tiada hujan di lokasi itu.
Kenalpasti tanda tanda berikut;
Paras air asal, bila anda sampai di lokasi. Maka bila paras air naik anda akan sedar.
Perubahan pada warna asal air sungai, contohnya dari jernih ke sedikit kelabu, kemudian ke sedikit coklat.
Bila air naik, akan ada buih buih putih hanyut, ini tandanya air sedang bertambah dari segi volume dan arus.
Diikuti dengan daun daun mati yang hanyut, air sedang naik dari paras asal dan mula naik dalam satu kaki. Pada saat ini, pastikan anak anda naik ke darat.
Jika diikuti oleh ranting kecil dan ada daun hidup, serta buih semakin banyak dan air pantas berubah warna, jauhi sungai secara total kerana kepala air bakal berlaku.
Jika daun hidup mula hanyut dalam arus yang deras. Makanya paras air mula melimpah dan arus sangat laju.
Asas Arus Sungai
Gambar: BernamaSemakin kecil atau sempit dan semakin curam bentuk “V” sungai, semakin deras arusnya.
Arus pusaran akan wujud di lubuk yang mana ada “drop” dari aras ketinggian tertentu, yakni bentuk sungai sedikit bertingkat atau curam. Pusaran kanan atau kiri akan menarik objek ke tengah.
Arus dasar atau arus gulung. Arus ini ada di bawah atau dasar sungai dimana kuasa tujahan air terjun akan menyebabkan arus menarik objek ke dasarnya dan akan berpusar bergulung ke atas dan ke bawah, makanya objek tak akan timbul-timbul. Hanya ada satu cara melepasinya iaitu dive down and out (menyelam kedasar dan keluar ke kiri ke kanan atau ke depan pusaran itu untuk keluar).
jika anda degil juga nak mandi disitu, cuba campakkan ranting kayu. Adakah ianya akan disedut ke bawah atau hanya bergerak gerak di permukaan sahaja, jika disedut ke bawah, ianya sangat bahaya.
Jika Anda Sampai Di Sungai Dan Air Bah Dalam Hujan Lebat, Apa Yang Anda Harus Kenalpasti?
Air sungai yang berbuih, jika buih-buih kekal hanyut dan tidak tersangkut di tebing dan batu, maksudnya air sedang naik.
Jika anda melihat garisan buih-buih di batuan seperti garisan kek lapis, maksudnya air sedang surut.
Disini, jangan melakukan lintasan sungai berseorangan atau tanpa bantuan tali dan mekanisma lain, berkumpul dan tunggu arahan ketua kumpulan dan guide anda.
Harus diingat, arus yang tidak berpusar atau tidak bergelora tidak bermakna air sungai itu cetek dan selamat untuk diseberangi.
Contoh paling senang saya nak petik.. Lubuk Antu di Liang, Sungai Tahan dan lintasan lintasannya, Sungai di Yong Yap, Sungai di Ulu Sepat dan Chamah.. atau tempat rekreasi seperti sungai congkak dan sungai Lopoh.
Teknik lintasan sungai, safety equipment dan lain lain akan dibincangkan di lain waktu ya. Ingat, ini masih tips asas dan tidak lengkap sepenuhnya.. dapatkan lebih ilmu dalam setiap point yang saya nyatakan di atas.
Thanks for reading.
Sumber: Facebook Amazing Lifetime Adventure Malaysia