Sayu Tengok Pakcik-pakcik Tua Angkut Air, Ustaz Ebit Hantar 2 Lori Besar Agih Air Untuk Warga Selangor By Nur Adnin 20 Oktober 2020 2:20am Berita Kredit gambar: Ustaz Ebit Lew Beberapa kawasan di Selangor semalam dilaporkan mengalami gangguan air, menurut pengumuman yang dibuat oleh Air Selangor.Ia dipercayai berikutan berlaku pencemaran yang dikesan di Sungai Selangor.Sementara pihak Air Selangor bertungkus-lumus menjalankan rawatan air bagi memastikan bekalan air pulih, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut sama tampil turun padang membantu penduduk yang terjejas.Menurut perkongsiannya di Facebook pagi ini, beliau bersama pasukannya menghantar bantuan dua lori air untuk kegunaan penduduk di Batu Caves.Gambar: Ustaz Ebit LewSayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli dua lori besar air untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.Gambar: Ustaz Ebit LewAda adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan – Ebit Lew.Gambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewGambar: Ustaz Ebit LewSumber: Ustaz Ebit Lew