Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkait dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, beliau juga mengaku bahawa situasi politik negara pada hari ini berada dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.
Dalam waktu yang sama, beliau yang juga selaku Ketua Whip Kerajaan menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.
Sumber: BERNAMA TV