Obesiti menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti kencing manis, penyakit jantung, strok, kanser dan sakit belakang.
Rakyat Malaysia juga menghadapi masalah obesiti ini dan menunjukkan peningkatan masalah tersebut pada setiap tahun. Dengan wujudnya Hari Obesiti Sedunia, ia merupakan langkah yang sangat penting bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai risiko obesiti.
Tidak terkecuali, Dr Amalina Bakri juga menyeru agar orang ramai berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Dr Amalina juga berkongsi rutin harian yang dilakukan olehnya bagi menjaga kesihatan.

Pada hujung minggu, saya melakukan kelas abs, legs, bums, tums dan kadang-kadang kicboxing.

Rutin gaya hidup sihat sememangnya perlu dipraktikkan oleh semua orang agar dapat memastikan kesihatan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik.
Sumber: Dr Amalina Bakri