Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat satu kes rabies dalam kalangan manusia yang baru disahkan.
Menerusi Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi, pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak pada tahun 2020 ini meningkat kepada lima orang.
Pertambahan ini juga merupakan kes ke-27 sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.
KKM menasihatkan orang awam agar segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran jika digigit oleh haiwan liar mahupun haiwan peliharaan; selepas mencuci bahagian tubuh yang digigit menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur. Pastikan haiwan peliharaan telah mendapat suntikan vaksin anti-rabies.
Sumber: Kenyataan Akhbar KP Kesihatan