Saranan Menganjurkan Solat Hajat & Doa Selamat Untuk Kesejahteraan Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR, 4 September 2024 – Susulan beberapa tragedi dan bencana yang berlaku di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti banjir kilat dan kejadian tanah jerlus, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat dan doa selamat selepas solat Isyak pada 5 September 2024 (Khamis) dan selepas solat Jumaat pada 6 September 2024.
Ia bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk seluruh warga Wilayah Persekutuan dari sebarang musibah.

Kami menzahirkan empati kepada mangsa dan waris yang terlibat serta sentiasa mendoakan agar dikurniakan kemudahan dan kecekalan bagi semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan sebarang usaha pemulihan dan penyelamatan. Semoga jerih perih dan sumbangan bakti dalam memelihara kemaslahatan umat dikurniakan ganjaran di sisi Allah SWT.