Para saintis telah menemukan ‘Chameleon’ spesies Voeltzkow di habitat semula jadi di Madagascar barat laut, pertama kali spesies ini ditemui semula setelah lebih dari satu abad.
Beberapa jenis hidupan reptilia evasive telah dijumpai semasa ekspedisi yang disasarkan, kata penyelidik dari Jerman dan Madagascar dalam kertas penyelidikan yang diterbitkan pada hari Jumaat yang lalu.
“Planet kita mungkin menghadapi permulaan kepupusan spesies yang sangat besar, yang sering disebut sebagai ‘kepupusan massa keenam’, ‘kemusnahan Holocene’ atau ‘kemusnahan Anthropocene’,” menurut penyelidik.
“Penemuan semula spesies yang ‘hilang’ sangat penting kerana mereka memberikan data penting untuk langkah-langkah pemuliharaan dan juga membawa harapan di tengah-tengah krisis keanekaragaman hayati.” Tambah mereka.
‘Chameleon’ spesies Voeltzkow sangat sukar dijumpai oleh kerana jangka hayatnya yang sangat pendek. Jangka hayat mereka hanya boleh bertahan sekitar beberapa bulan semasa musim hujan. Reptilia tinggal di kawasan yang tidak mudah terdedah pada musim hujan, menjadikannya lebih sukar bagi para saintis untuk mengkajinya.
‘Chameleon’ hidup di sepanjang pantai antara Katsepy dan Soalala, begitu juga Antrema, wilayah baru yang dilindungi di Madasgar yang telah mengalami penderitaaan pertanian dan kebakaran hutan. Oleh sebab kebakaran itulah memberikan risiko terhadap habitat haiwan. Pakar masih meneruskan kajian lebih lanjut mengenai spesies tersebut, termasuk status pemuliharaan, sejarah hidup dan morfologi genetik mereka.
Sumber- CNN