Sebentar tadi, sebuah jambatan dalam pembinaan dilaporkan telah runtuh di Lebuhraya MRR-2 dari Pandan Indah menghala ke Ampang ke Kuala Lumpur.
Baca: TERKINI: MRR2 Dari Sri Petaling Ke Sg. Besi Sesak Teruk Dipercayai Akibat Struktur Binaan Runtuh
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang, menghantar tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak serta Cheras dengan kekuatan 23 anggota.
Komander Operasi berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.
Menurut maklumat awal yang diterima, setakat ini terdapat lima (5) orang mangsa terperangkap di dalam van kilang tersebut. Namun, keadaan kesemua mangsa belum diketahui.
Laporan lanjut menyusul

Sumber: Kenyataan Media PGOKL