Menjadi ibu bapa, banyak yang perlu diketahui dan dipraktikkan bagi memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Termasuk apabila melibatkan waktu tidur anak-anak, mungkin ia dianggap sebagai satu perkara yang remeh namun otak anak-anak akan berkembang dengan baik jika kualiti tidur dijaga sejak mereka dilahirkan.
Menerusi ciapan Dr Redza Zainol, kali ini beliau berkongsikan mengenai tidur anak-anak yang jika tidak dijaga akan memberikan kesan kepada mereka kelak termasuk dari segi tumpuan semasa belajar.
Dr Redza juga berkongsikan tips serta waktu tidur yang sesuai sebagai panduan untuk ibu bapa.
Sumber: Redza Zainol