Semua sudah maklum, amat penting untuk kita mengetahui arah kiblat secara tepat bagi mengelakkan berlaku kesilapan arah yang besar. Mungkin selama ini kita cuma mengganggar arah kiblat menggunakan telefon sahaja.
Namun perlu diketahui, sebenarnya wujud perkhidmatan khas menentukan arah kiblat bagi sesebuah bangunan mahupun lokasi. Mari ikuti perkongsian oleh pengguna Facebook, Ara Sara di bawah ini.
Semak semula arah kiblat
Gambar: Ara SaraSemasa saya nak solat di hospital Johor tempoh hari, adik saya tegur. Dia kata ukuran kiblat kalau terpesong 1 darjah, akan menyebabkan pesongan 122 kilometer dari kedudukan sebenar Kaabah. Adik saya suruh install sebuah aplikasi keluaran seorang selebriti.
Balik Putrajaya, saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet. Oleh kerana dalam rumah saya ada banyak logam, arah kompas tidak jitu.
Kalau bermusafir, boleh la saya guna aplikasi sebagai alternatif. Tetapi untuk rumah sendiri, sudah tentu saya mahu sistem teodolit yang mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Takut orang solat berkiblatkan Mekah, saya menyongsang ke Baitulmuqaddis.
Saya terus cari ahli falak untuk tentukan hala kiblat melalui pencerapan matahari. Cahaya masuk rumah saya pukul 9 pagi hingga 6 petang. Dia tak ukur pukul 12 hingga 2 petang sebab bayang-bayang menjadi pendek.
Gambar: Ara SaraPukul 3 petang, ahli falak datang dengan uniformnya. Dia bawa pelbagai equipment, tablet, dan tangga.
Excited saya tengok dia buat kerja. Macam kaji kosmo fiqah. Terasa kehebatan tamadun Islam dalam ilmu astronomi.
Furqan terkinja-kinja tengok laser. Semasa ahli falak sedang tampal stiker di siling, Furqan lari terlanggar lampu dia. Dengan sabarnya dia setting balik. Saya marah Furqan dengan sopan, padahal hati saya dah bertukar jadi singa.
Setelah selesai, ahli falak lukis anak panah dan kordinat di atas kertas, berpandukan jubin. Kertas ni boleh jadi rujukan untuk bilik lain. Saya photostat kertas ni untuk diberi kepada jiran yang kedudukan rumahnya di atas dan di bawah rumah saya.
Gambar: Ara SaraHasil ukuran, kiblat yang ditentukan berada di tengah-tengah antara kiblat asal saya dan kiblat aplikasi. Kos keseluruhan RM50.
Arah kompas untuk kiblat adalah 292°. Selebihnya serah kepada Allah. Islam itu mudah. Posting ini hanya sekadar perkongsian.
Untuk semak sendiri, digalakkan buat ketika istiwa azam pada petang 28 Mei (lepas) dan 16 Julai (nanti).
Gambar: Ara SaraUstaz berikut merupakan ahli falak dari jabatan mufti:
Selangor: isi borang di sini & atau hubungi talian ini
Putrajaya: hubungi talian ini
Johor Bahru: hubungi talian ini
Pahang: hubungi talian ini
Perak: hubungi talian ini
Sabah: hubungi talian ini
Sarawak: hubungi talian ini
Melaka: hubungi talian ini
Pulau Pinang: percuma untuk premis awam. Isi borang di sini & hubungi talian ini
Sumber: Ara Sara