Curang merupakan salah satu daripada punca berlakunya keruntuhan rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri. Bayangkan sudah berkahwin selama bertahun-tahun tetapi akhirnya bercerai kerana orang ketiga, ia satu detik hitam yang tidak mahu dialami oleh sesiapa pun.
Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan curang boleh mendatangkan impak buruk kepada hidup pasangan terutama dari segi kesihatan mental.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, dikhianati oleh orang yang anda sayangi bukan sahaja boleh beri kesan buruk kepada emosi anda, tetapi ia turut boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhannya.
Berikut merupakan beberapa kesan pasangan curang kepada kesihatan mental.
Risiko kemurungan
Cenderung untuk mengalami gangguan makan
Mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam tingkah laku berisiko
Risiko masalah kebimbangan melampau
Kebarangkalian untuk mula minum alkohol atau ketagihan barang terlarang
Jika ada di antara anda yang mengalami keadaan seperti itu, anda dinasihatkan untuk:
Berbual dan luahkan kekecewaan kepada rakan/ ahli keluarga yang anda percaya
Sentiasa dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan
Dapatkan khidmat kaunselor untuk terapi kaunseling
Gambar: Public Health MalaysiaSumber: Public Health Malaysia