Gambar: Kerajaan Negeri Pahang

“Rezeki Tidak Akan Salah Alamat”, Misteri Dua Tan Ikan Gelama Kejutkan Nelayan Pahang

syafiq halim

Bekerja sebagai seorang nelayan, mendapat hasil tangkapan yang banyak merupakan sesuatu yang sangat diinginkan. Apa tidaknya, jumlah tangkapan setiap hari merupakan pendapatan seharian mereka.

Terbaru, satu fenomena aneh telah berlaku di Tanjung Lumpur, Pahang apabila sekumpulan nelayan telah berjaya mendapat hasil tangkapan ikan gelama sebanyak dua tan. Menurut laporan yang disediakan oleh Unit Komunikasi Dan Media Pahang, fenomena itu sememangnya sesuatu yang menarik dan menjadi misteri kepada penduduk di situ.

Sumber: Kerajaan Negeri Pahang