Seorang remaja lelaki dan ibunya ditahan selepas ‘memenggal’ kepala kakak kandungnya yang dikatakan sedang hamil, lapor Daily Star.
Remaja lelaki itu dan ibunya dipercayai berbuat sedemikian kerana berang wanita itu melarikan diri dan berkahwin tanpa persetujuan keluarga, memetik laporan Daily Star.
Menurut laporan, jiran tetangga keluarga itu mengatakan bahawa remaja lelaki tersebut kemudiannya bertindak menangkap gambar swafoto bersama-sama dengan kepala kakaknya itu.
Semasa kejadian, kakaknya yang dikatakan hamil itu baru sahaja berusia 19 tahun. Dia didakwa dibunuh di kampung Ladgaon di Aurangabad selepas melarikan diri dan berkahwin tanpa keizinan keluarga.
Pembunuhan kejam itu berlaku pada hari Ahad lalu pada pukul 12:30 tengah hari. Ibu remaja lelaki tersebut dan anak lelakinya yang berusia sekitar 17 atau 18 tahun itu telah pergi berjumpa dengan Kirti (mangsa) di kediamannya.
Kirti dilaporkan tinggal bersama-sama keluarga suaminya di sebuah bilik yang terletak di sebelah ladang mereka, lapor One India melalui Daily Star.
Selepas itu, remaja lelaki tersebut kemudiannya memenggal kepala kakaknya itu sebelum membawa kepalanya keluar.
Menurut laporan, remaja itu cuba membunuh abang iparnya juga, namun dia berjaya melarikan diri.
Remaja lelaki itu kemudiannya keluar daripada rumah dengan kepala di tangannya.
Suspek kemudian datang ke balai polis dan menyerah diri.
Perkahwinan yang berlaku tanpa keizinan ibu bapa di India masih lagi kekal tabu di beberapa bahagian di India.
Bapa Kirti Sanjay (mangsa) dikatakan merasa terhina selepas perkahwinan anak perempuannya itu, dan dia dikatakan keluar daripada rumah sebelum pulang beberapa hari kemudian.
Laporan mengatakan pihak polis sedang meneliti potensi penglibatan ayahnya berkaitan kejadian ngeri itu, tetapi setakat ini tiada menemui apa-apa untuk mengaitkan dia dengan jenayah itu.
Sumber: Daily Star