Ramalan Cuaca Signifikan, Jangkaan Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang menjangkakan cuaca kurang hujan dan kering yang berkemungkinan berlaku di kebanyakan tempat seluruh negara.
Menerusi muat naik di laman Facebook, keadaan tersebut dijangka bermula 18 hingga 23 Julai 2025. Ia susulan pembentukan ribut tropika di barat Lautan Pasifik berhampiran Filipina.
“Suhu harian maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 36°C dalam tempoh tersebut,” maklum jabatan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa rujuk laman sesawang rasmi MET Malaysia.
Muat turun aplikasi myCuaca atau layari laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
BACA: Kulit Pisang Jangan Buang, Boleh Buat Baja Suburkan Tanaman
BACA: Lelaki Selamba Tolong Promosi Roti Di Pasar Raya, Ramai Datang Singgah