Kementerian Belia & Sukan (KBS) mencadangkan agar kerajaan dapat memberi kelonggaran kepada pembukaan sukan padang dan gimnasium kepada rakyat dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik di Twitter Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau berharap cadangan itu dapat disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kementerian Belia & Sukan (KBS) telah cadangkan agar sukan padang (outdoor sports) dan gimnasium dibuka.
“Kuasa ada pada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sokong,” katanya dalam ciapan tersebut.
Bekas Menteri Besar Perak itu berkata demikian berikutan pengumuman kerajaan mengenai pembukaan semula pawagam dengan SOP ketat baru-baru ini.
Sebelum itu, Ahmad Faizal terlebih dahulu memuat naik ciapan terdahulu berupa isu yang sama melibatkan SOP.
“Panggung wayang dibuka? gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP yang ketat. Ramai yang hampir terhenti nafas. Tolonglah @KKMPutrajaya (Twitter KKM).
“Cinema opened? gym and outdoor sports? Please YB Khairy Jamaluddin, there need be wisdom in our decisions,” katanya.

Sumber: Twitter Faizal Azumu