
Kita semua tahu wabak Covid-19 masih belum mempunyai penawarnya. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita mestilah menjaga kebersihan diri dan mengelakkan daripada dijangkiti wabak tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak KKM menyeru untuk rakyat di Malaysia menggunakan hand sanitizer dan memakai topeng muka untuk mencegah penyakit itu daripada berjangkit. Walau bagaimanapun, kita seharusnya bijak memilih barangan pencegah virus supaya tidak melakukan perbuatan yang sia-sia.
Seperti perkongsian daripada Zamir Mohyedin yang cukup dikenali di media sosial telah membuat satu ujikaji daripada hand satinizer yang berkualiti dan tidak.


“Hand sanitiser” yang berkesan ialah ia mengandungi sekurang-kurangnya 60%-70% kandungan alkohol untuk membasmi kuman. Penggunaan “hand sanitiser” apabila anda berada di luar rumah dan susah nak jumpa air basuh tangan. Kalau di rumah, janganlah pakai. Basuh tangan lagi bagus.
Jimatkan penggunaan. Musim virus ini ramai yang lebih berkeperluan nak guna, terutamanya hospital-hospital dan klinik-klinik.
Rata-rata netizen mencuba kaedah ini untuk mengetahui keberkesanan hand-sanitizer peribadi mereka yang digunakan sepanjang tempoh musim Covid-19 ini.
Sumber: Zamir Mohyedin