Banjir yang melanda di beberapa negeri minggu lalu mungkin sudah surut, namun kesan daripada bencana itu amat memilukan. Manakan tidak, kebanyakan rumah, infrastruktur dan barangan telah rosak serta ada yang sudah tidak boleh digunakan lagi.
Lumpur yang ‘menyelimuti’ segenap ruang di dalam rumah juga memerlukan masa yang lama dan tenaga yang kuat untuk dibersihkan sepenuhnya.
Tidak cuma itu, kedai-kedai buku juga terpaksa menanggung kerugian kerana buku-buku yang dijual telah rosak selepas bencana banjir itu.
Menerusi tinjauan Bernama di gudang buku The Big Bad Wolf, Seksyen 33, Shah Alam, kira-kira dua juta buku dilaporkan telah rosak.
Beberapa foto yang dikongsikan oleh Bernama juga menyaksikan kerja-kerja pembersihan di gudang itu dilakukan.
Difahamkan, pekerja gudang buku terpaksa menggunakan backhoe untuk menolak kesemua buku itu.
Gambar-gambar buku yang rosak itu menjadi tular hari ini dan kebanyakan netizen terutama pencinta buku meluahkan kesedihan melihat keadaan di gudang itu.
Sumber: Bernama