Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan terus dikuarantin selama 14 hari.
Menurutnya, ahli keluarga tidak perlu pergi ke lapangan terbang untuk menjemput mereka yang baru pulang dari luar negara.
Ini kerana, mereka yang baru pulang dari luar negara akan terus di bawa ke tempat yang dikhaskan oleh kerajaan untuk dikuarantinkan.
Sumber: Bernama