Disebabkan tidak dapat lagi menanggung sabar mengenai pencemaran udara di Indonesia, sekumpulan penduduk nekad menyaman presiden negara tersebut.
Menurut Ayu Eza Tiara, peguam yang terlibat, 31 orang telah terlibat dalam tuntutan pada minggu lalu yang difailkan terhadap Presiden Joko Widodo serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Kesihatan, Menteri Alam Sekitar dan Gubernur Jakarta Anies Baswedan.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah menafikan terdapat penurunan kualiti udara di sekitar Jakarta pada tahun lalu dan menyeru agar media tidak memburukkan keadaan. Pada 14 jun lepas, ibu kota Indonesia dilaporkan mempunyai pencemaran udara paling teruk di Asia yang lebih tinggi berbanding pencemaran di China dan India. Namun, pada tarikh yang sama, kualiti udara Jakarta berapa pada 189, menurut Indeks Kualiti Air AS yang dianggap sebagai tidak elok.
Berdasarkan meter pencemaran, bacaaan AQI Jakarta pada bulan Julai 2017 ialah rata-ratanya 74 manakala bagi Jun 2019 pula ialah -148. Berikutan tindakan saman itu, kerajaan dipersalahkan kerana telah mengabaikan permintaan penjelasan mengenai pencemaran yang berlaku itu.
Terdahulu, pihak kerajaan telah dimaklumkan mengenai saman tuntutan mahkanan berkenaan untuk membuka ruang kepada pegawai untuk menyelesaikan permasalahn ini. Namun, mereka tetap mengabaikannya sehingga membuatkan sekumpulan penduduk bertindak menuntut hak mereka.
Sumber: CNN