KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20% untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah pun membuat laporan polis mengenai insiden kerosakan kereta akibat banjir baru-baru ini.
Pun begitu, caj tunda sehingga RM200 serta caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin kereta sehingga RM100 juga akan ditanggung oleh syarikat tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, fenomena banjir baru-baru ini telah menjejaskan ribuan penduduk terutama di Selangor dan Shah Alam.
“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan syarikat.
Bagi sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.
Sumber: Astro Awani