
Pengeluar kereta nasional Proton dalam satu kenyataan memberitahu bahawa harga kereta model kenderaan utiliti sukan (SUV) X50 masih belum didedahkan kepada orang ramai.
Susulan itu, senarai harga Proton X50 seperti yang tular di media sosial dan dikongsi oleh ramai warganet adalah palsu.
Menurut Proton, maklumat mengenai harga SUV itu akan diberitahu dalam tempoh terdekat dan berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada orang ramai.
PROTON ingin menyatakan bahawa senarai harga untuk PROTON X50 yang akan datang belum dikeluarkan atau didedahkan pada masa ini. Kami juga ingin menjelaskan senarai harga yang disiarkan adalah palsu.
Kami memahami perasaan teruja untuk pelancaran SUV yang dinanti-nantikan ini dan akan memberikan semua maklumat yang diperlukan tidak lama lagi. Terima kasih atas sokongan anda yang luar biasa dan pastikan anda mendapat maklumat lebih lanjut dari laman media sosial PROTON atau laman web rasmi PROTON di website: https://www.proton.com/
Sumber: Proton Cars