Tokoh sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara sekitar pukul 10.45 pagi tadi.
Merujuk kepada Bernama, Khoo merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangannya terhadap penyelidikan sarjana, menyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan berdedikasi sepanjang hayat dalam bidang sejarah. Untuk mengetahuan semua, beliau merupakan salah seorang individu yang membantu menggubal Rukun Negara.
–Bernama