Sekolah adalah tempat di mana kita mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sebelum melangkah ke tahap pengajian yang lebih tinggi. Para guru juga boleh dianggap sebagai ibu bapa kepada anak-anak didik mereka di sekolah.
Walaubagaimanapun, tugas guru yang sebenarnya hanyalah untuk mendidik anak murid mengenai ilmu berkaitan pelajaran sahaja dan selebihnya adalah tugas ibu bapa di rumah.
Kenyataan itulah yang cuba ditegaskan oleh sebuah sekolah di Portugal baru-baru ini. Mereka telah mengeluarkan satu poster dan menampalkannya di dinding dewan sekolah mereka.
SvDPoster itu kemudiannya di kongsikan di laman Facebook oleh seorang pengguna dengan nama pengguna, Paulo Gandra(dalam bahasa Sweden) dan ia menjadi tular dalam tempoh yang singkat. Kandungan poster itu kemudiannya telah ditermahkan dan berbunyi seperti berikut:
Kepada para ibu bapa,
a) Kami ingin mengingatkan anda bahawa kata-kata ajaib seperti hello, tolong, sama-sama, saya minta maaf, dan terima kasih, semua itu perlu mula dipelajari di rumah
b) Kanak-kanak turut perlu belajar bersikap jujur,menepati masa, rajin, menunjukkan rasa simpati kepada rakan dan juga menunjukkan rasa hormat kepada golongan lebih tua dan semua guru dari rumah.
c) Rumah juga adalah tempat mereka belajar untuk menjaga kebersihan, tidak bercakap ketika mulut penuh dan bagaimana untuk membuang sampah dengan cara dan di tempat yang betul.
d) Di rumah jugalah di mana mereka sepatutnya belajar untuk menguruskan diri, menjaga barangan milik mereka dengan baik, dan tidak menyakiti orang lain.
e) Manakala di sekolah pula, kami mengajar ilmu bahasa, matematik, sejarah, geografi, fizik, sains, dan pendidikan jasmani. Kami hanya menguatkan lagi pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak di rumah dari ibu bapa mereka.
Sumber: SvD via Newsner