Pos Malaysia Berhad membuka peluang kepada orang ramai yang memiliki van untuk menyertai Pos Rider di seluruh Malaysia.
Tawaran itu terbuka bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Syarikat itu menawarkan komisen sehingga RM6,000 bagi ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju.
Antara kriteria lain yang diperlukan adalah;
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
Memiliki van atas nama sendiri atau syarikat
Memiliki lesen memandu penuh GDL
Memiliki telefon pintar Android 5.0 ke atas
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang ini manakala untuk maklumat lanjut, layari https://www.pos.com.my/

Sumber Pos Malaysia Berhad