Port Baru “Cafe Hunter”, Kedai Tempatan Ni Viral Dengan Skewer Wagyu & Shabu-Shabu
Industri makanan dan minuman di negara kita boleh dikatakan berkembang dengan baik terutama dalam tempoh beberapa tahun ini. Manakan tidak, sekarang ni banyak kedai makanan dan minuman yang muncul bak cendawan selepas hujan, di samping ‘cafe hunter’ yang juga selalu membuat ulasan makanan.
Kafe, kedai kopi dan makanan yang dijual di bazar atau ekspo sentiasa dapat perhatian ramai, ini ditambahkan lagi dengan trend food hunting. Malah, video review makanan juga boleh jadi sumber pendapatan untuk pencipta kandungan.
Selain itu, kedai serbaneka 24 jam juga turut jadi tumpuan bukan saja di bandar-bandar besar, malahan pekan kecil juga. Di Malaysia sendiri ada banyak kedai serbaneka 24 jam namun kebanyakan darinya francais luar negara.
Pun begitu, pasti ramai yang tak tahu bahawa ada juga kedai serbaneka yang diasaskan oleh orang Malaysia.
Dikenali sebagai RissMart 24, kedai serbaneka ini diusahakan oleh Risda Agri Food Industries (RAFI) di bawah RISDA Holdings Sdn. Bhd. sejak tahun lalu. Kini telah berkembang ke 11 cawangan di sekitar Lembah Klang, RissMart 24 mampu bersaing dengan kedai serbaneka dari luar melalui pelbagai produk dari usahawan tempatan.
Kredit: Risda Holdings
Kredit: Risda HoldingsDengan harga yang berpatutan, RissMart menyediakan pelbagai produk makanan dan minuman seperti skewer wagyu, pelbagai pilihan kopi, tom yam bowl shabu-shabu, pastri, dan produk-produk usahawan Risda. Untuk pengetahuan, kedai ini bakal beroperasi untuk 24 jam tidak lama lagi dan korang boleh nikmati menu-menu tersebut walaupun pada awal pagi.
Kredit: Risda HoldingsJika belum berkesempatan lagi untuk ke RissMart 24, korang boleh rasai semua makanan tu di Karnival Rasa Asli Desa Risda 2025 pada 27 hingga 30 Jun nanti. Bertempat di perkarangan tempat letak kereta Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju Kuala Lumpur, karnival ni akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 11 malam.
Dekat sini nanti akan ada 60 jenis produk dan masakan tradisi dari 14 negeri dibawakan oleh 28 usahawan di bawah RISDA dan ada di antara produk tersebut yang dimasak terus di sana. Antara produk “rare” yang boleh korang cuba ialah Nasi Goreng Ikan Terubok Masin, Pek Nga, Gulai Temenung, Pekasam Ikan Loma, Rendang Maman, Burasak dan Kelupis.


Selain itu, korang juga boleh beli jeruk madu Pak Ali, kuih bakar pandan, biskut dan makanan ringan, kopi dan makanan barat, masakan asam pedas serta rempah dan pes dan banyak lagi.
Jadi buat korang yang teringin nak rasa makanan kampung, boleh nanti ke sini nanti. Tambah-tambah lagi hujung minggu, boleh bawa satu keluarga berjalan-jalan.
Karnival ni merupakan salah satu usaha Risda untuk membantu usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Program pembangunan usahawan juga menjadi medan untuk usahawan yakin dengan produk mereka dan memajukannya dengan latihan dan modal yang telah disediakan.


Namun, selain daripada inisiatif Risda, usahawan-usahawan ini tidak akan berkembang tanpa sokongan korang. Jadi, jangan lupa singgah nanti, boleh rasa pelbagai makanan menarik.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Bahagian Usahawan Pembangunan Risda di Facebook atau layari laman rasmi Risda.