Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang dan pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk membantu mengesannya, menurut tweet dimuat naik oleh PDRM.
Melalui tweet berkenaa, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Dilshan Begum Abdul Rahim dan berusia 11 tahun.
Berketinggian sekitar 145 cm, berat sekitar 45 kg selalin mempunyai warna kulit sedikit gelap dan mempunyai parut di pipi kanan.
Adik Dilshan kali terakhir dilihat memakai jubah berwarna merah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Insp. Mohamad Farid Bin Ghani di talian 014-8405494 atau menghubungi IPD Kuala Terengganu di talian 09-6246222.
Sumber: PDRM