Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen pada hari ini menerusi laporan ringkas dari Bernama sebentar tadi.
Walaupun begitu, Pintu Utama Istana Negara masih lagi dalam keadaan tenang dan kelihatan pelancong sempat mengambil gambar di kawasan tersebut.
Menerusi laporan Astro Awani, beliau semasa bercakap dengan pemberita berkata, akan menghadap YDP Agong pada Khamis, sehari sebelum Bajet 2023 dibentangkan pada Jumaat.
Selain mengenai bajet berkenaan, perincian lain mengenai sesi menghadap itu masih menjadi tanda tanya.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Bernama