Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikebanyakan negeri mungkin akan ditamatkan lebih awal jika risiko jangkitan Covid-19 berkurangan.
Perkara ini disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media harian sebentar tadi.
“Kementerian Kesihatan Malaysia sedang melakukan penilaian ke atas negeri-negeri yang diistiharkan kawasan PKPB, saya percaya jika kawasan tersebut jangkitan berkurang atau kembali zon hijau mungkin kawasan tersebut akan ditamatkan tempoh PKBP lebih awal dari tarikh yang ditetapkan,” ujarnya dalam sidang media hari ini.
Tambahnya lagi, jika ada keputusan tentang penilaian tersebut, kerajaan akan mengumumkan secepat mungkin bagaimanapun orang ramai disarankan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
Sumber: MKN