‘Pink Polo’: Pusat Perubatan Prince Court Bersiap Sedia, Mempertingkatkan Kesedaran Kanser Payudara
KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2024 – Pusat Perubatan Prince Court menganjurkan acara Pink Polo di Kuala Lumpur Polo Club (KLPC) sempena Pink October, bertujuan meningkatkan kesedaran dan membiayai Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
Acara yang dihadiri mangsa kanser payudara yang terselamat, pejuang-pejuang dan ahli media, menampilkan perlawanan pameran polo yang menarik antara pasukan yang dinamakan Prince Court dan KLPC, dengan pasukan KLPC memperoleh kemenangan tipis dengan mata 5-4.
Selain perlawanan, acara itu menampilkan ceramah kesihatan yang bernas oleh perunding Prince Court, Dr. Harjit Kaur Perdamen, Pakar Perunding Payudara & Endokrin, danDr. Melissa Tan, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik, diikuti sesi perkongsian inspirasi olehmangsa kanser payudara yang terselamat.
Sebagai Pusat Onkologi Cemerlang yang diiktiraf oleh Australian Council on Healthcare Standards International (ACHSI), Prince Court memainkan peranan utama dalam meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana, di mana hasil daripada penjualan jersi polo eksklusif disalurkan kepada tujuan tersebut.

Dr Shuba Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court, menekankan kepentingan penjagaan kanser holistik: “Diagnosis kanser payudara adalah detik penentu kehidupan yang mengubah gaya hidup pesakit dan orang tersayang mereka. Prince Court hadir untuk semua pesakit kanser payudara bagi memberikan sokongan emosi, psikologi, danperubatan holistik.
“Pasukan kanser payudara multidisiplin kami terdiri daripada pakar terbaik dalam onkologi, radiologi, pembedahan, dan kejururawatan, semuanya bekerjasama untuk membantu pesakit melalui perjalanan ini, yang tidak berakhir dengan hanya rawatan. Kami berusaha untuk memberikan perubahan bermakna dalam kehidupan pesakit dan keluarga mereka melalui penjagaan yang luar biasa dan penuh belas kasihan.”
Pink Unity, satu kumpulan tumpuan untuk mangsa kanser payudara yang terselamat di bawah NCSM, menekankan keperluan penting kumpulan sokongan. “Bila kami berdiri bersama, kami bukan hanya berkongsi harapan namun juga menginspirasikan lebihramai wanita untuk mengutamakan kesihatan mereka melalui pengesanan awal,” kata Mahani Kassim, Presiden Pink Unity.

Presiden KLPC, Johan Indot berbangga menganjurkan acara bermakna ini: “Kami berbesar hati dapat menyambung semula kejohanan Pink Polo di KLPC bersama-sama dengan Prince Court Medical Centre. Kami berharap dapat memperkukuhkan hubungan ini untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara.”
MENGENAI PUSAT PERUBATAN PRINCE COURT
Kecemerlangan bertaraf dunia bertemu dengan penjagaan eksklusif di Pusat Perubatan Prince Court, berasaskan hasrat kami untuk memberi layanan dan melakukan kebaikan yang menjadi teras setiap perkara yang kami lakukan. Doktor, jururawat, dan profesional perubatan kami bekerja sebagai satu pasukan – setiap hari tanpa henti – bagi memastikan Prince Court menyediakan jawapan dan penyelesaian yang tepat kepada setiap individu yang melangkah masuk ke pusat kami.
Sebagai hospital kuaternari yang memenangi anugerah dan diiktiraf di peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur, Prince Court diiktiraf di peringkat global atas piawaian emasnya dalam kecemerlangan penjagaan kesihatan holistik, melalui penyampaian rawatan peribadi pelbagai disiplin dengan hasil klinikal cemerlang dalam persekitaran penyembuhan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari princecourt.com .