
Sebagai seorang anak, sememangnya kita sangat memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa, lagi-lagi ibu yang telah sembilan bulan mengandungkan dan taruhan nyawa hanya untuk melahirkan kita. Siapa saja di dunia ini tidak sayangkan ibu mereka, bukan?
Sama juga seperti haiwan, mereka juga mempunyai rasa kasih sayang sama ada ibu atau pun anaknya. Malulah jika haiwan pun tahu rasa kasih sayang, bagaimana pula kita sebagai manusia kan?
Begitulah kisah yang tular melalui sekeping gambar yang menyentuh hati apabila seorang renjer cuba untuk menghiburkan seekor gorila yang dalam keadaaan sedih kerana kehilangan ibunya. Dipercayai ibunya telah ditangkap oleh pemburu haram di hutan tersebut.
Menurut Sciphysics, nasib gorila itu tak ubah seperti tiga lagi gorila lain yang kini tinggal di pusat perlindungan haiwan.
Difahamkan, ibu bapa tiga gorila tersebut didakwa telah mati dibunuh oleh pemburu haram atau diculik untuk penyeludupan.
Memetik Sciphysics, dengan lebih 200 gorila gunung yang terdapat di Taman Negara Virunga telah menyumbang lebih kurang satu perempat daripada populasi gorila gunung di dunia.
Sumber: Sciphysics