“Dengan adanya bukti otentik Nanggala, maka pada saat ini kita isyaratkan dari submiss (kapal selam hilang) menjadi subsunk (kapal selam tenggelam,” ujar Kepala Staf Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono.
Perkara itu disampaikan oleh Laksamana Yudo Margono dalam satu sidang media khas perkembangan terkini pencarian Kapal Selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan hilang di Laut Bali baru-baru ini.
Sebentar tadi juga, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan menemui beberapa barangan yang dipercayai datangnya dari kapal selam itu. Ini sudah cukup untuk meyakinkan mereka bahawa kapal selam ini benar-benar sudah tenggelam seperti dijangka.
Operasi pencarian masih diteruskan selepas pelbagai bahan bukti ditemukan termasuk tumpahan minyak dan yang terkini barang-barang yang terapung dipermukaan laut.
Kredit: Kompas