Peminat England Kecewa
Gambar: The Telegraph

Piala Dunia Qatar: Peminat England Kecewa, Nama Maguire Tersenarai Dalam Skuad

Syed Faisal Sayed Muhammad

Piala Dunia Qatar: Peminat England Kecewa, Nama Maguire Tersenarai Dalam Skuad

Peminat pasukan England dilapor kecewa terhadap Gareth Southgate apabila ketua Jurulatih England itu menyenaraikan Harry Maguire dan Eric Dier dalam skuad Piala Dunia yang bakal bermula Khamis ini, lapor Daily Mail.

Hal ini kerana, pemain pertahanan Tottenham, Eric Dier dalam perlawanan sebelum ini pernah melakukan beberapa kesilapan yang berprofil tinggi, manakala Maguire selaku kapten Manchester United merupakan pilihan keempat bagi kelabnya. Beliau hanya menyertai tiga perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Peminat pasukan England telah bertindak balas di dalam media sosial mereka dengan mengkritik pemilihan bek tengah tersebut yang mengenepikan pemain seperti Fikayo Tomori.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

John Stones dan Kyle Walker telah terbukti sudah mempunyai kemampuan dan pulih daripada kecederaan antara yang layak menjadi barisan pemain England dalam Piala Dunia Qatar.

Sementara Ben White yang telah menunjukkan prestasi terbaiknya dalam kelab Arsenal juga dilaporkan bakal diturunkan nanti.

Namun dengan kemasukan, Eric Dier, Harry Maguire dan juga Conor Cody dalam senarai pemain mendahului beberapa pemain lain seperti Fikayo Tomori dari AC Milan dan Marc Guehi dari Crystal Palace telah menimbulkan kemarahan peminat pasukan England tersebut.

“Cody bagus, tapi pilih Dier dan Maguire membelakangkan Tomori adalah sangat tidak bagus,” tulis seorang peminat pasukan itu dalam Twitter.

Kredit Daily Mail

“Eric Dier dan Harry Maguire dipilih berbanding Tomori adalah satu jenayah,” tulis lagi seorang peminat.

Kredit Daily Mail

“Cody, Maguire dan Dier pergi ke Piala Dunia di hadapan Tomori, Guehi dan Smalling adalah sebab kenapa saya tidak mempercayai negara ini akan memperolehi apa-apa kali ini,” tulis lagi seorang peminat yang berang dengan keputusan ketua jurulatih England itu.

Kredit Daily Mail

England yang diundi dalam Kumpulan B, bakal memulakan kempennya dengan menentang pasukan Iran pada 21 November ini.

Sumber: Daily Mail