Rakyat Israel yang mahu menonton FIFA Piala Dunia Qatar 2022 di Doha serta mengakses kemudahannya perlu membeli tiket perlawanan atas nama negara ‘Palestin’, lapor Arab News.
Menurut laporan Arab News, laman web rasmi tempahan tiket dan pakej kemudahan di Qatar, Winterhill Hospitality tidak menyenaraikan ‘Israel’ sebagai ‘negara’ dalam sistem mereka.
Tambahan lagi, seperti yang dilaporkan Arab News, media Israel melaporkan bahawa ini merupakan kali pertama ‘negara’ mereka tidak disenaraikan dalam kejohanan berprestij itu.
Untuk makluman, Winterhill Hospitality merupakan syarikat dari Hong Kong yang diberi kuasa rasmi oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam menyediakan pakej hospitaliti eksklusif termasuk jualan tiket perlawanan FIFA Piala Dunia Qatar 2022.
Untuk tempahan tiket bagi menonton FIFA Piala Dunia Qatar 2022 di sekitar Qatar serta mengakses kemudahan atau hospitaliti yang ditawarkan, orang ramai boleh merujuk pakej lengkap dan buat tempahan tiket melalui hospitality.fifa.
Berikut di bawah adalah paparan bahagian pencarian ejen jualan tiket FIFA Piala Dunia Qatar 2022 yang dibahagikan mengikut enam benua iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Asia & Timur Tengah dan Oceania.
Jika klik pada benua Asia & Timur Tengah, akan keluar senarai negara-negara di sekitar benua tersebut. Seperti yang dilapor Arab News, ‘Israel’ tidak wujud dalam sistem, sebaliknya penganjur meletakkan ‘Palestin’ sebagai negara.
Paparan portal Winterhill HospitalityKick-off Qatar diawalkan sehari
Imbas kembali laporan sebelum ini, FIFA bersedia menukar tarikh perlawanan Qatar awal sehari ekoran tuan rumah tidak mahu pertunjukan bunga api pada perlawanan pembuka tirai, lapor Daily Mail.
Piala Dunia edisi 2022 yang bakal menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah dijangka bermula awal sehari iaitu 20 November 2022. Pada awalnya, temasya itu dijadual bermula pada 21 November dengan perlawanan pembuka tirai antara Senegal menentang Belanda.
Bagaimanapun, selepas mendapat rayuan daripada tuan rumah, FIFA bakal mengubah tarikh rasmi piala dunia itu awal sehari bagi membenarkan pasukan Qatar bermain dalam perlawanan pembukaan tirai.
Keratan laporan terdahuluDifahamkan, sebelum itu, perlawanan antara Qatar menentang Ecuador dijadualkan pada hari Isnin 21 November namun diubah sehari awal pada jam 7 malam bersamaan 4 petang waktu tempatan.
Qatar pada awalnya menolak untuk bermain dalam perlawanan pembukaan pada jam 1 petang waktu tempatan pada 21 November.
Punca penolakan itu difahamkan merupakan keinginan pemimpin Qatar, Emir Tamim bin Hamad Al Thani ekoran pertunjukan bunga api yang diadakan menandakan penampilan Qatar di pentas Piala Dunia itu.
Bagi pemimpin Qatar itu, penonton dibimbangi akan lebih terarah melihat pertunjukan bunga api itu berbanding perlawanan negaranya sendiri ketika pembukaan itu.
BACA JUGA: Piala Dunia Qatar: FIFA Mungkin Awalkan Sehari, Tuan Rumah Nak ‘Elak’ Bunga Api
Sumber: Arab News