Petronas dan Rakan Kongsi Lancarkan Akademi Peralihan Tenaga untuk Mempercepat Pembangunan Tenaga Kerja Industri Tenaga
KUALA LUMPUR, 16 Jun 2025 – PETRONAS bersama rakan-rakannya telah melancarkan Akademi Peralihan Tenaga PETRONAS (PETRONAS Energy Transition Academy – P-ETA) hari ini sempena edisi kedua Persidangan Energy Asia. Akademi ini direka untuk membantu mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dalam menghadapi permintaan, cabaran dan peluang dalam industri tenaga rendah karbon yang semakin berkembang.
P-ETA merupakan inisiatif oleh Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) dan akan dibuka kepada peserta dari syarikat tenaga global. Akademi ini bertujuan untuk memberikan pelajar kemahiran dan pengetahuan yang sesuai supaya mereka dapat menyumbang dalam industri tenaga yang berkembang pesat.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Ruslan Halim Islahudin; Ketua Pegawai Kemampanan PETRONAS, Charlotte Wolff-Bye; Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia), Koh Keng Seng; Ketua Pegawai Eksekutif Energy Institute (EI), Dr. Nick Wayth; Ketua Pegawai Operasi OPITO, Alex Spencer; dan Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Azhar Ahmad.
Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata:“Kami berharap pelancaran P-ETA akan menjadi asas kepada masa depan tenaga yang adil, dibentuk oleh pemimpin dan profesional yang memiliki kemahiran penting untuk memenuhi keperluan tenaga global yang semakin meningkat. Ketika PETRONAS meneruskan Strategi Peralihan Tenaga kami yang bertujuan mengimbangi keselamatan tenaga, kemampuan dan kelestarian, inisiatif ini dijangka menyokong akses peluang tenaga kerja yang adil melalui program-program khas berlandaskan konteks peralihan tenaga.”
Semasa acara tersebut, INSTEP telah menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan latihan P-ETA iaitu:
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia),
Energy Institute (EI) yang berpangkalan di United Kingdom,
dan OPITO, organisasi piawaian tenaga global.
Melalui kerjasama bersama rakan kongsi global dan tempatan, P-ETA akan menawarkan program yang sejajar dengan piawaian antarabangsa, untuk mempercepat pembangunan keupayaan dalam bidang seperti:
Terletak di INSTEP, Terengganu, akademi ini akan menjalankan program dengan penekanan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dan latihan praktikal.
Peralihan tenaga ke arah ekonomi rendah karbon amat penting untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, menangani perubahan iklim dan memastikan masa depan yang lebih lestari. Peralihan yang berjaya memerlukan pekerja sektor tenaga dilengkapi dengan kemahiran baru bagi mengisi peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh perubahan industri. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia mengunjurkan bahawa peralihan ini berpotensi mewujudkan sehingga 310,000 pekerjaan di Malaysia menjelang tahun 2050.
Sesi Tahap Tinggi Mengenai Dekarbonisasi
Pelancaran P-ETA diadakan semasa Sesi Tahap Tinggi mengenai Dekarbonisasi yang dianjurkan oleh PETRONAS. Sesi ini menekankan kepentingan strategik pengurangan pelepasan metana dan usaha dekarbonisasi.
Sesi panel telah menggabungkan wakil dari PETRONAS, International Society for Energy Transition Studies, dan Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC) yang berkongsi wawasan, cabaran dan kemajuan dalam memajukan usaha dekarbonisasi.
Turut dibincangkan ialah perkembangan Pusat Penilaian Teknologi Pelepasan Metana Asia Tenggara (METEC) – yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara – yang akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan pelepasan metana serantau. Pusat ini akan menyokong pakar dalam aspek pengukuran, pemantauan, pelaporan dan pengesahan (MRV) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Melalui kerjasama sedia ada antara PETRONAS dan JOGMEC, satu kajian kejuruteraan sedang dijalankan bagi penubuhan METEC Asia Tenggara di dua lokasi:
Kerjasama ini pertama kali diumumkan pada Oktober 2024 semasa pelancaran ASEAN Energy Sector Methane Leadership Programme 2.0, hasil kerjasama antara PETRONAS dan pemain utama sektor tenaga ASEAN, agensi kerajaan serta organisasi antarabangsa bagi:
memperkukuh sasaran pengurangan pelepasan,
meningkatkan penyelarasan antara syarikat dan kerajaan,
serta menyokong Global Methane Pledge.