Mohd Syukor Khamis, nama yang pernah menggegarkan negara awal tahun ini apabila gambarnya bersama haiwan peliharaan memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.
Malah bukan sahaja menjadi sebutan di negara ini tetapi juga di rantau Asia setelah gambar-gambar berkenaan dinobatkan sebagai pemenang bagi Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People).
Gambar: Syukor Khamis-Kampung BoyLebih menarik, keserasian antara Syukor serta haiwan peliharaannya seperti kerbau, kambing, mahupun lembu kelihatan begitu natural. Perkara itulah yang menarik ramai pihak untuk mengetahui sisi unik kehidupan remaja berusia 14 tahun ini.
Hubungan mesra antara Syukor dan ‘sahabat-sahabatnya’ itu benar-benar mengagumkan sehingga beliau diberi jolokan sebagai Mowgli Malaysia. Seperti yang diketahui, Mowgli merupakan watak dari filem fiksyen yang memaparkan kisah tentang seorang budak yang begitu akrab dengan haiwan di hutan.
Terbaru, sebuah produksi yang terinspirasi dari gambar fotogenik terbabit telah ‘mengadaptasinya’ menjadi sebuah karya yang bakal ditayangkan di kaca televisyen.
Telemovie yang diberi judul ‘Budok Kuba’ (Budak kerbau) itu dikatakan bakal ditayangkan 20 Julai ini mengisahkan tentang konflik kekeluargaan dan nilai kasih sayang.
Sumber: Bambam Studios