James Wheeler Woodford atau lebih dikenali sebagai J.W.W Birch merupakan nama yang pastinya diketahui oleh semua. Manakan tidak, seawal di sekolah lagi kita telah ‘dipahatkan’ dengan silibus sejarah yang mencatat kisah Residen British pertama di Perak ini.
Satu persatu hikayat yang diceritakan oleh guru kita dahulu terlayar di mata, mengimbas kembali peristiwa berdarah yang terjadi di Pasir Salak. Tempat keramat yang menyaksikan kebangkitan nasionalisme penduduk tempatan terhadap penjajah begitu mudah mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri.
Gambar : Hasrul HassanNamun untuk mengenang ulang tahun kematian ke-34 Residen British itu, sebuah Menara Jam Birch Memorial yang terletak di sebelah Masjid Negeri Perak telah dibina pada tahun 1909 di Dataran Dato Sagor. Ia mempunyai satu loceng utama dan ‘diapit’ oleh empat loceng kecil. disekelilingnya dilukis patung Terracotta yang melambangkan empat nilai semasa pentadbiran British dahulu.
Fakta menarik mengenai menara jam ini yang menelan belanja 25,000 poundsterling adalah ia diperingati oleh Residen British ke-8 yang merupakan Sir Ernest Woodford Birch. Beliau juga merupakan anak sulung JWW Birch dan Residen Perak sejak tahun 1904 hingga 1910.