Semalam merupakan tarikh keramat bagi para guru di Malaysia. Walaupun tiada sambutan yang diadakan, namun mereka tetap dihargai dengan pelbagai bentuk ucapan penghargaan.
Bukan mudah untuk menjadi seorang guru, mereka perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan ditempuhi oleh mereka.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang guru ini benar-benar membuka mata mengenai bagaimana sukarnya untuk mendidik anak bangsa namun tugas tersebut digalas oleh mereka dengan penuh hikmah.
Menerusi laman Twitter, Chuah Kee Man, mengimbas kembali mengenai pengalamannya ketika mula berkhidmat sebagai seorang guru.
Menurutnya, dia pernah dihunus pisau oleh seorang pelajar tingkatan 4 kerana rokok namun pengakhiran kisah ini sememangnya memberikan inspirasi.



Sumber: Chuah Kee Man