lahirkan bayi seberat 5.6kg
Gambar: The Sun

Perlu Disambut Dua Doktor, Wanita Tak Sangka Berjaya Lahirkan Bayi Seberat 5.6Kg

Nurlizah Khazani

Perlu Disambut Dua Doktor, Wanita Tak Sangka Berjaya Lahirkan Bayi Seberat 5.6Kg

Seorang wanita di England tidak menyangka bahawa dirinya akan berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yang mempunyai saiz agak besar bagi seorang bayi yang normal.

Berat bayi lelakinya itu dilaporkan sekitar 5.69 kilogram dan kelahirannya perlu disambut oleh dua orang doktor di hospital berkenaan.

Wanita itu sangat teruja untuk menceritakan pengalamannya kepada orang ramai akan kelahiran bayi lelakinya yang sangat luar biasa.

Disebalik lahirnya bayi lelaki itu, wanita tersebut iaitu Amy Smit, 27 dari Cheddington, Buckinghamshire menceritakan beliau sebelumnya telah disarankan oleh doktor di sana untuk bersalin secara pembedahan Caesarean disebabkan bayinya berada dalam saiz yang tidak normal.

Wanita itu turut memberitahu, dia juga tidak pernah menyangka bayinya yang diberi nama sebagai Zagrys, akan mempunyai saiz seperti itu.

“Kami tahu bayi lelaki kami merupakan bayi yang tinggi disebabkan oleh imbasan yang telah dibuat. Hal ini kerana, saya dan suami juga tinggi. Namun, kami sangat tidak menyangka bayi lelaki kami akan mempunyai saiz yang sebesar itu,” kata wanita tersebut kepada The Sun.

Wanita itu turut berkongsi pengalaman di mana bayi lelakinya itu tidak muat untuk menggunakan alat penimbang khas digunakan bagi bayi yang baru lahir. Bayi comel yang tinggi dan besar itu juga tidak muat untuk memakai pakaian bayi yang telah mereka beli.

“Saya memberitahu suami untuk keluar dan membelikan baju untuknya bagi bayi yang berusia enam bulan,” kata wanita itu.

Ketika sedang mengandungkannya, pasangan itu beranggapan bayi lelaki mereka akan mempunyai saiz dan berat yang sama dengan anak perempuan sulung mereka. Hal ini kerana, anak perempuan mereka mempunyai berat sekitar 4.13 kilogram ketika dilahirkan.

Namun, wanita itu berkata simptom yang dirasakannya ketika mengandungkan kedua-dua anak mereka tidak sama antara satu sama lain.

Dia menceritakan, semasa mengandungkan anak sulung mereka, dia gemar untuk menikmati pelbagai makanan di mana keadaan ini berbeza ketika mengandungkan anak kedua mereka, selera makannya tidak sama di samping kehamilan itu berlaku semasa adanya pandemik.

“Semasa Zagrys berada dalam kandungan, saya tidak mempunyai selera makan yang tinggi. Saya sentiasa terbayang, apa yang akan terjadi kepadanya sekiranya saya makan terlalu banyak ketika mengandungkannya, katanya.

Namun, bayi lelaki itu membesar dengan sihat kerana selepas dua bulan kelahirannya, Zagrys berada dalam berat yang sama iaitu 6.9 kilogram juga.

Wanita itu turut memberitahu bahawa suaminya mempunyai darah campuran dari Afrika Selatan. Suaminya juga meminati sukan ragbi. Disebabkan bayi lelaki mereka mempunyai saiz yang luar biasa, ayahnya sering memanggilnya pemain ragbi junior, cerita wanita itu mengenai bayinya.

Sungguh pun berat bayi lelaki itu sudah cukup besar, namun Zagrys masih belum boleh mendapat gelaran sebagai bayi lelaki terbesar di UK. Buat masa ini, Guinness World Record telah merekodkan bayi paling berat setakat ini adalah seberat 10.2 kilogram di mana bayi tersebut dilahirkan di Aversa, Itali pada tahun 1955.

Sumber: The Sun

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%