Perlawanan Akhir Paling ‘Rare’, Penganjur Tawar Hadiah Bekalan Makanan Selama Setahun
Perlawanan bola sepak sentiasa menjanjikan pelbagai aksi, drama dan juga emosi setiap kali ianya dimainkan. Tambahan lagi, ketiga-tiga perkara tersebut menjadi lebih rancak sekiranya perlawanan itu adalah perlawanan akhir. Jadi, setiap pemain, pengurus dan orang sekeliling pasti mahukan yang terbaik agar pasukannya berjaya mengangkat piala.
Jadi tidak hairanlah ada orang yang hanya gemar menonton perlawanan akhir sahaja. Bak siulan ramai sekarang, golongan ini digelar sebagai ‘bangsa final’ kerana hanya munculkan diri apabila perlawanan akhir saja.
Pertandingan Bola Sepak Antara Sekolah Peringkat Negeri Johor
Bercakap tentang perlawanan akhir, ada satu pertandingan yang kini menjadi perhatian ramai terutamanya warga-warga Johor. Apa tidaknya, pihak penganjur pertandingan ini menawarkan hadiah yang sangat tidak masuk akal. Bukan itu sahaja, menjelang perlawanan akhir yang bakal berlansung pada 21 Oktober ini, pihak penganjur sedang bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis pembukaan pada hari berkenaan.
Sebelum itu, jom kita kenal dulu pertandingan apa yang dimaksudkan ini? Pertandingan ini diberi nama Kejohanan Bola Sepak Antara Sekolah Peringkat Negeri Johor yang disertai oleh sekolah-sekolah di sekitar Johor bagi merebut gelaran juara. Pertandingan ini merupakan anjuran Julie’s melalui satu kempen terbarunya iaitu Choco More, Bola More!
Antaranya sekolah yang terlibat adalah daripada 8 daerah iaitu dari selatan dan utara negeri Johor. Daerah yang dimaksudkan adalah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing. Kini, pertandingan ini sedang memasuki peringkat kalah singkir di mana perlawanan separuh akhir akan dimainkan pada 20 Oktober manakan pertandingan akhir yang penuh gilang-gemilang akan berlansung pada 21 Oktober.

Ganjaran untuk pemenang lain daripada lain
Mungkin dah biasa dengar menang pertandingan bola sepak boleh nikmati ganjaran hadiah wang tunai, tapi pernah dengar tak bila menang sesuatu pertandingan bola sepak, boleh nikmati ganjaran bekalan biskut selama satu tahun. Kedengaran agak menarik, pemenang akan dianugerahi sebanyak RM2,300 termasuk gold plate, medal, sijil, goodies bag dan yang paling menarik bekalan biskut Choco More selama satu tahun.
Tidak kurang menarik juga untuk pemenang naib johan, tempat ketiga dan keempat, mereka juga akan menikmati ganjaran tunai dan beberapa hadiah lain iaitu bekalan biskut Choco More mengikut tempat yang disandang.
Choco More, Bola More! 2023
Kempen ini telah berlangsung sejak 15 September lalu dan akan berterusan sehinga 21 October ini dimana perlawanan akhir akan berlangsung. Julie’s selaku penganjur pertandingan ini telah mengetengahkan salah satu produk mereka iaitu Choco More Sandwich yang dikatakan dapat menyokong stamina dan membantu menjana tenaga kepada para pemain.
Produk ini hadir dengan dua jenis pembungkusan iaitu 352 gram dan 132 gram. Menariknya biskut ini, ia hadir dilengkapi dengan kombinasi 2 jenis coklat sempurna yang diperbuat daripada serbu koko yang halus dan tekstur yang menyenangkan.

Perlawanan Akhir Pertandingan Choco More, Bola More! 2023
Menjelang perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada 21 Oktober ini, orang ramai terutamanya yang berada di Johor sangat digalakkan untuk hadir yang menyaksikan pertandingan akhir ini. Perlawanan ini pastinya akan menjanjikan aksi-aksi memukau mata kerana adalah pasukan yang terlibat dan berjaya ke peringkat akhir pasti mahukan kemenangan.
Pada hari berkenaan, pihak Julie’s sendiri akan turun padang untuk mempromosikan produk biskut coklat dan juga akan ada jualan dengan harga berpatutan. Jika diikutkan pada tentatif, tetamu akan hanya dapat menyaksikan perlawanan akhir pada jam 5 petang dan waktu selebihnya boleh dimanfaatkan untuk menerusi program dan aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.
Lokasi perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Olahraga Mount Austin dengan senarai aktiviti program bermula pada 1:30 petang dan dijangka tamat pada jam 6:45 petang. Orang ramai boleh hadir pada waktu yang lebih awal untuk menyaksikan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Pada tarikh berkenaan, pengunjung yang hadir akan dapat melihat stadium dihiasi dengan warna kuning dan coklat sempena warna Julies Biscuits. Pihak penganjur juga menyediakan photobooth Julie’s Choco More untuk korang bergambar bersama keluarga, mahupun rakan-rakan.

Lebih menarik, majlis pelancaran yang akan dijalankan pada ja 4:45 petang itu akan dimeriahkan dengan ‘Opening Gambit (Pop The Balloons).
Jadi, tak kan nak lepaskan peluang daripada menyaksikan aksi yang hebat bersama kemahiran-kemahiran berpasukan atau individu. Kalau korang rasa nak datang tengok, ajak kawan-kawan dan keluarga kerana perlawanan ini terbuka kepada semua penonton. Selain dapat menikmati aksi-aksi hebat, korang juga boleh lebih kenal dengan produk terhebat dari Julie’s iaitu Choco More yang dapat menyokong stamina dan juga menyumbang tenaga.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan atau perlawanan akhir nanti, korang boleh layari laman media sosial Julies Biscuit di SINI.