Siaran langsung ucapan ‘sulung’ Perdana Menteri yang ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia sebagai tunjang dalam ucapan perdana hari ini.
Ismail Sabri dalam ucapannya menggunakan istilah #KeluargaMalaysia merujuk kepada situasi getir rakyat Malaysia dalam pandemik Covid-19 yang melanda negara. Semua ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semua keadaan negara.
“Marilah kita dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia,” tambahnya lagi.
Dalam pendekatan ini, beliau turut bersama-sama rasa bebanan yang dipikul oleh rakyat tambahan lagi yang kehilangan pekerjaan pada waktu getir ini.
Katanya, beliau juga pernah merasainya suatu ketika dahulu kerana ayahnya bukan dari kalangan orang yang senang. Oleh itu, konsep Keluarga Malaysia ini diambil kerana bagi beliau keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.
Sumber: Bernama