Seekor penyu berkepala dua telah ditemui oleh orang ramai dan telah dipindahkan ke dalam akuarium di Muzium Virginia Living.
Namun, pakar-pakar mengatakan bahawa kemungkinan untuk ia terus bertahan sehingga dewasa masih tidak diketahui kerana keadaannya yang dikenali sebagai bicephaly dan polycephaly.
Gambar: Daily MailWalaupun di antara anak-anak yang baru menetas, hanya satu dalam 1,000 yang akan bertahan sehingga dewasa apabila mereka tinggal di alam liar.
Kurator herpetologi, Travis Long, yang telah merawat banyak kura-kura selama kariernya mengatakan bahawa kemungkinan makhluk itu untuk mencapai usia dewasa adalah ‘tidak baik’.
Gambar: Daily Mail“Walaupun dengan penjagaan yang terbaik, terdapat pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul pada haiwan dengan keadaan begitu.
“Kadang-kadang ia bukan sesuatu yang boleh dikesan sehingga haiwan itu meningkat dewasa dan bahkan mungkin kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana telah terlambat seperti organ dalaman yang lemah.
Gambar: Daily Mail“Jika ada sebarang kelainan, kita tidak akan tahu tentangnya sehingga mereka meningkat dewasa,” katanya.
Dengan dua kepala yang bergerak, bahkan tingkah laku normal juga boleh membahayakan.
Sumber: Daily Mail